PUTRAJAYA: Saat warga Malaysia nyenyak tidur dan berehat bagi mendapatkan tenaga untuk hadir ke sambutan Hari Kebangsaan 2023 di Dataran Putrajaya hari ini, "abang bas" bersengkang mata demi memberikan perkhidmatan terbaik kepada para pengunjung.
Pemandu bas (Kapten Bas) Rapid KL Mohammad Saudi Abd Sahi berkongsi keterujaan dapat menabur bakti kepada negara pada kemuncak sambutan Hari Kebangsaan di sini dengan memastikan penumpang dibawa dengan selamat untuk sampai ke destinasi dituju.
Memulakan tugas seawal 3 pagi berbanding tugasan kebiasaannya pada 6 pagi di sekitar Maluri, Cheras, Mohammad Saudi berkata tugasan memandu bas dua tingkat untuk membawa penumpang ke Dataran Putrajaya ialah satu bentuk pengorbanan sekali gus cara menzahirkan kecintaan kepada negara.
"Saya bersemangat bekerja hari ini sebab walaupun tak dapat bersama-sama untuk pergi tengok sambutan (Hari Kebangsaan) secara langsung, melihat orang ramai yang bersemangat datang, saya lebih semangat (bekerja)," katanya kepada Bernama di sini hari ini.
Mohammad Saudi merupakan seorang daripada Kapten Bas yang terlibat dalam perkhidmatan bas perantara percuma dari Stesen MRT Putrajaya Sentral ke Dataran Putrajaya.
Selain laluan itu, Rapid KL juga menyediakan perkhidmatan bas perantara percuma merangkumi Nasyrul Quran Presint 14 dan Marina Putrajaya ke Dataran Putrajaya.
Seorang lagi pemandu Bas Ahmad Naisabury Abdul Malik berkata sambutan tahun ini meriah memandangkan jumlah pengunjung yang sudah menunggu untuk menaiki bas di stesen Putrajaya Sentral agak ramai seawal 4 pagi tadi.
"Bila tengok orang ramai macam ini, kita pun jadi semangat nak kerja, saya melihat sambutan sangat meriah sebab jalan pun sesak hari ni," katanya.
Mahasiswi Nursyahirah Osmawi, 24, berkata beliau yang kali pertama ingin merasai pengalaman hadir ke sambutan Hari Kebangsaan memilih menaiki pengangkutan awam kerana lebih mudah dan tidak perlu "pening kepala" mencari kawasan tempat letak kereta.
"Sebab hari ini cuti, saya dan rakan ambil peluang ke Dataran Putrajaya, bagi saya naik pengangkutan awam ini lebih mudah dan jimat berbanding bawa kereta ke sini dari Damansara," katanya ketika ditemui di stesen MRT Putrajaya Sentral.
Berkongsi pandangan sama, arkitek Hud Bakar, 60, yang memandu dari ibu kota memilih parkir di Putrajaya Sentral sebelum menaiki bas perantara ke Dataran Putrajaya kerana lebih mudah berbanding bersesak-sesak merebut tempat letak kereta.
"Lebih senang sebab stesen Putrajaya Sentral banyak tempat parkir jadi naik bas perantara sahaja. Awal pagi pun orang sudah ramai, menunjukkan semangat rakyat Malaysia kita (menyambut Hari Kebangsaan) yang berbilang kaum," katanya yang ditemani anak lelakinya Kaizer Hud.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Aug 31 2023
Pemandu bas Rapid KL menganggap tugasan memandu bas dua tingkat membawa penumpang ke Dataran Putrajaya merupakan satu bentuk pengorbanan sekali gus cara menzahirkan kecintaan kepada negara. - Foto BERNAMA
Filem 'Seindah Tradisi' tampil warisan & budaya kaum Sabah
Penghasilan filem bertajuk 'Linundus Do Koubasanan' (Seindah Tradisi) menjadi platform kepada PETRONAS untuk rakyat Malaysia dan masyarakat seluruh dunia lebih mengenali budaya serta tradisi suku kaum di Sabah.
Sabah sasar pasaran Timur Tengah
Sabah kini mensasarkan pasaran Timur Tengah dalam usaha memperkasakan sektor pelancongan negeri inI selepas Lembaga Pelancongan Sabah (STB) menyertai pameran perdagangan pelancongan yang diadakan di Dubai.
15 jentera bomba kompak bersaiz kecil diagihkan kepada Sarawak
Sejumlah 15 jentera bomba kompak (CFRT) bersaiz kecil yang berupaya bergerak ke kawasan pedalaman dan terpencik akan diagihkan kepada Sarawak tahun ini.
Tingkat kompetensi, bomba hantar pasukan Hazmat ke China
Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) akan menghantar Pasukan Khas Bahan Kimia Berbahaya (Hazmat) ke China untuk mendalami ilmu baharu tentang hidrogen.
Dua lelaki mengaku bersalah cuba ceroboh Istana Negara
Dua lelaki yang cuba memasuki Istana Negara dan mendakwa mahu berjumpa Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim, pada Jumaat didakwa di Mahkamah Kuala Lumpur pada Isnin.
Habitat asal perlu dikekalkan & dipelihara
Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Sarawak tidak bersetuju untuk memperkenalkan diplomasi orang utan kepada negara dagang sawit kerana ia bukan situasi terbaik bagi mamalia berkenaan.
Jenazah Faridah dijangka tiba di Kedah Rabu ini
Jenazah Pegawai Tidak Tauliah Kanan daripada Batalion Malaysia 850-11 (MALBATT 850-11) Sarjan Faridah Abd Rahman dijangka dibawa pulang ke tanah air Rabu ini.
Pantau Agenda Reformasi: Helikopter terhempas – Kesan diplomasi susulan kematian Presiden Iran
Iran isytihar berkabung, Mokhber dilantik Presiden sementara
Ayatollah Khamenei menyatakan kesedihan mendalam atas pemergian Raisi dalam insiden tragis pada Ahad.
Portal UP_TVET mudahkan proses permohonan - Ahmad Zahid
Saluran permohonan untuk mengikuti kursus TVET kini dipermudahkan kepada satu saluran tunggal iaitu portal UP_TVET.
Terima surat layang 'selamat datang' sebelum dihujani peluru
Menurut Mohd Yusof, kejadian tembak-menembak yang mengakibatkan beliau cacat kekal itu turut meragut nyawa empat rakan sepasukan dan ramai lagi yang cedera.
Hari Malaysia sama penting dengan Hari Kebangsaan, perlu dijiwai oleh setiap rakyat
Hari Malaysia yang disambut pada 16 Sept setiap tahun mempunyai signifikan yang sama dengan sambutan Hari Kebangsaan.
76 maut, 95 cedera semasa cuti Hari Kebangsaan di Vietnam
Vietnam merekodkan sebanyak 125 kemalangan jalan raya yang mengakibatkan 76 orang maut manakala 95 yang lain cedera semasa cuti Hari Kebangsaan selama empat hari.
[KOLUMNIS] Merapatkan jurang defisit sosial
Alhamdulillah, 31 Ogos tahun ini genap 66 tahun Malaysia bebas daripada cengkaman dan campur tangan kuasa asing.
'Tak sangka mampu lakukan aksi lompatan depan puluhan ribu penonton'
Staf Sarjan Saidatul Husna Kamarudin, 35, menceritakan aksi lompatan merentasi 66 buah motosikal Royal Enfield pada sambutan Hari Kebangsaan 2023 di Dataran Putrajaya, Putrajaya, Khamis lalu.
Sambutan Hari Malaysia di Sarawak pada 16 September
Tambahan cogan kata dalam Bahasa Iban iaitu "Segulai Sejalai", yang membawa maksud "berjalan seiringan", akan turut akan digunakan pada sambutan itu nanti.
Hari Kebangsaan: Jalur Gemilang hiasi Burj Khalifa
Jalur Gemilang sekali lagi menyinari bangunan pencakar langit tertinggi dunia, Burj Khalifa di Dubai, Emiriah Arab Bersatu (UAE) sempena sambutan Hari Kebangsaan Malaysia ke-66 semalam.
Agong zahir tahniah kepada Kerajaan Perpaduan, sambutan luar biasa Hari Kebangsaan 2023
Yang di-Pertuan Agong menzahirkan setinggi-tinggi tahniah dan penghargaan kepada Kerajaan Perpaduan bagi penganjuran sambutan Hari Kebangsaan 2023.
Karnival Semarak Kasih Merdeka PTPTN dilancar sempena Hari Kebangsaan
Bersempena dengan sambutan Kemerdekaan ke-66, Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) buat julung kalinya melancarkan Karnival Semarak Kasih Merdeka PTPTN.
Indonesia yakin hubungan dengan Malaysia utuh di tengah cabaran global
Jalinan di sektor ekonomi, perdagangan dan pelaburan dapat terus ditingkatkan melalui komitmen bersama kedua-dua negara.